Skip to content

Seksyen 70

Kecualian berkenaan dengan lesen yang dikeluarkan berhubung dengan kontrak niaga hadapan

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011

Amendment ActIn forceProvision 71 of 76
Seksyen 70
(1)

Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 68, seseorang yang memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau suatu Lesen

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

89

Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal sebaik sebelum tarikh kuat kuasa Akta ini (disebut dalam seksyen ini sebagai “tarikh kuat kuasa”) hendaklah, berhubung dengan—

(a)

berdagang dalam kontrak niaga hadapan, disifatkan sebagai memegang lesen itu bagi aktiviti terkawal berniaga dalam derivatif;

(b)

pengurusan kumpulan wang berkenaan dengan kontrak niaga hadapan, disifatkan sebagai memegang lesen itu bagi aktiviti terkawal pengurusan kumpulan wang berkenaan dengan derivatif; dan

(c)

nasihat pelaburan berkenaan dengan kontrak niaga hadapan, disifatkan sebagai memegang lesen itu bagi aktiviti terkawal nasihat pelaburan berkenaan dengan derivatif.

(2)

Mana-mana syarat atau sekatan yang mana-mana lesen yang disebut dalam subseksyen (1) adalah tertakluk sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, hendaklah disifatkan sebagai terus menjadi sah.