Seksyen 73
Penerusan hak atau tanggungan yang lain berhubung dengan kontrak niaga hadapan
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh tanggungan mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan atau kemungkiran yang dilakukan berhubung dengan kontrak niaga hadapan sebelum tarikh kuat kuasa Akta ini atau mana-mana prosiding yang dibawa, hukuman yang dikenakan atau tindakan yang diambil sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan atau kemungkiran itu.
(2)
Mana-mana hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan yang diperoleh, terakru atau dilakukan sebelum tarikh kuat kuasa atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan itu tidaklah tersentuh oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini telah tidak diperbuat.