Skip to content

Seksyen 101

Kuasa penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan

of Akta Pekerja Gig 2025

ActIn forceProvision 101 of 112
Seksyen 101
(1)

Mana-mana pegawai yang dilantik sebagai pegawai penguat kuasa atau pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, hendaklah mempunyai kuasa—

(a)

untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan yang berkaitan dalam Bahagian ini;

(b)

untuk memasuki mana-mana premis dan untuk memeriksa apa-apa dokumen, rekod atau benda lain yang berkaitan untuk memastikan pematuhan terhadap mana-mana peruntukan yang berkaitan dalam Bahagian ini;

(c)

untuk menyita apa-apa dokumen, rekod atau benda lain yang berkaitan bagi maksud penyiasatan di bawah

Bahagian ini; dan

(d)

untuk menyiasat perlakuan apa-apa kesalahan di bawah

Bahagian ini.

(2)

Bagi maksud Bahagian ini, seorang pegawai penyiasat hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah berhubung dengan penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan.