Skip to content

Seksyen 104

Kewajipan pekerja gig di bawah Bahagian ini

of Akta Pekerja Gig 2025

ActIn forceProvision 104 of 112
Seksyen 104
(1)

Mana-mana pekerja gig hendaklah mematuhi—

(a)

apa-apa langkah keselamatan dan kesihatan yang disediakan oleh entiti kontrak di bawah perenggan 103(1)(b);

(b)

arahan yang diberikan oleh entiti kontrak di bawah perenggan 103(1)(d); dan

(c)

tatacara bagi menangani kecemasan di bawah perenggan 103(1)(e) yang dibangunkan atau dilaksanakan oleh entiti kontrak.

(2)

Mana-mana pekerja gig yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.