Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian V · Tribunal Pekerja Gig

28. Pembatalan pelantikan

Feedback & support

Menteri boleh membatalkan pelantikan seseorang anggota

Tribunal yang dilantik di bawah subseksyen 25(1)—

(a)

jika kelakuan orang itu, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai seorang anggota Tribunal atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga mencemarkan nama Tribunal;

Pekerja Gig 25

(b)

jika orang itu menjadi tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya secara wajar sebagai anggota Tribunal;

(c)

jika dia telah disabitkan atas suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;

(iii)

suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau

(iv)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun;

(d)

jika orang itu dihukum bankrap oleh suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa;

(e)

jika orang itu didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya; atau

(f)

jika orang itu tidak menghadiri sidang Tribunal tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Presiden.

Report

Bahagian IV

Bahagian IV Akta ini dan boleh memberikan apa-apa award yang difikirkan adil dan wajar.

Bahagian VI

Majlis Perundingan

Bahagian VII

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pengawalseliaan dan Penguatkuasaan Bahagian III, Bahagian V dan Bahagian VI

Bahagian VIII

Perlindungan Keselamatan Sosial

Bahagian IX

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Bahagian X

Pelbagai

Schedules