Akta Pekerja Gig 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VII · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pengawalseliaan dan Penguatkuasaan Bahagian III, Bahagian V dan Bahagian VI
69. Ketua Pengarah dan pegawai
Feedback & supportKetua Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah
Akta Kerja 1955 hendaklah menjadi Ketua Pengarah bagi maksud
Bahagian ini.
Timbalan Ketua Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah Akta Kerja 1955 hendaklah menjadi Timbalan Ketua
Pengarah bagi maksud Bahagian ini.
Semasa ketiadaan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah hendaklah mempunyai semua kuasa dan boleh menunaikan semua kewajipan dan melaksanakan semua fungsi yang diberikan kepada
Ketua Pengarah di bawah Bahagian ini.
Tertakluk kepada arahan am, kawalan dan penyeliaan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, semua atau mana-mana kuasa di bawah Bahagian ini boleh diberikan oleh
Ketua Pengarah kepada—
mana-mana pegawai yang dilantik di bawah
Akta Kerja 1955;
Pengarah Tenaga Kerja atau mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Ordinan Buruh Sabah; atau
Pengarah Tenaga Kerja atau mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Ordinan Buruh Sarawak.