Akta Pekerja Gig 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VII · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pengawalseliaan dan Penguatkuasaan Bahagian III, Bahagian V dan Bahagian VI
74. Kuasa penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan
Feedback & supportMana-mana pegawai yang dilantik sebagai pegawai penguat kuasa atau pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, hendaklah mempunyai kuasa—
untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan yang berkaitan dalam Bahagian III, Bahagian V dan
Bahagian VI;
Undang-Undang Malaysia 46
untuk memasuki mana-mana premis dan untuk memeriksa apa-apa dokumen, rekod atau benda lain yang berkaitan untuk memastikan pematuhan terhadap mana-mana peruntukan yang berkaitan dalam Bahagian III,
Bahagian V dan Bahagian VI;
untuk menyita apa-apa dokumen, rekod atau benda lain yang berkaitan bagi maksud penyiasatan di bawah
Bahagian III, Bahagian V dan Bahagian VI; dan
untuk menyiasat perlakuan apa-apa kesalahan di bawah
Bahagian III, Bahagian V dan Bahagian VI.
Bagi maksud Bahagian ini, seorang pegawai penyiasat hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung dengan penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan.