Tourism Vehicles Licensing Act 1999 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian V · Pelbagai
38. Pentaksahan kontrak
Feedback & supportApa-apa kontrak untuk membawa seseorang pelancong dalam sesuatu kenderaan pelancongan adalah tidak sah setakat yang kontrak itu berupa menyangkal atau mengehadkan liabiliti mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa tuntutan yang mungkin sebaliknya dibuat secara sah terhadap orang itu berkenaan dengan kematian atau kecederaan badan kepada pelancong semasa dibawa di dalam, memasuki atau turun daripada kenderaan itu, atau berupa mengenakan apa-apa syarat berkenaan dengan penguatkuasaan apa-apa liabiliti sedemikian.