Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian V · Pelbagai

37. Penyitaan

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai pengangkutan jalan atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh menyita mana-mana kenderaan motor di mana-mana tempat jika apa-apa kesalahan terhadap seksyen 20 telah dilakukan atau jika dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa apa-apa kesalahan sedemikian telah dilakukan berkenaan dengan kenderaan motor itu.

(2)

Jika mana-mana kenderaan motor telah disita di bawah subseksyen (1), seseorang pegawai pengangkutan jalan atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, menurut budi bicaranya, mengembalikan buat sementara kenderaan itu kepada pemunya kenderaan itu, apabila jaminan yang memuaskan hati pegawai itu diberikan bahawa kenderaan itu akan diserahkan balik kepadanya apabila dituntut.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 594

(3)

Sesuatu perintah bagi pelucuthakan atau pelepasan mana-mana kenderaan motor yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan mengenai pelucuthakan atau pelepasan itu telah diadakan.

(4)

Sesuatu perintah bagi pelucuthakan sesuatu kenderaan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini telah dilakukan dan bahawa kenderaan itu ialah hal perkara kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan sedemikian.

(5)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenderaan motor yang disita di bawah subseksyen (1), kenderaan itu hendaklah dilepaskan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan melainkan jika kenderaan itu telah dilepaskan terlebih dahulu.

Report