Safeguards Act 2006 · Updated to 1 Dec 2013 · Bahagian V · Langkah Perlindungan Muktamad
34. Jangka masa bagi suatu langkah perlindungan muktamad
Feedback & support(1)
Suatu langkah perlindungan muktamad hendaklah dikenakan bagi tempoh tidak melebihi empat tahun melainkan jika ia dilanjutkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 37.
(2)
Jumlah jangka masa bagi suatu langkah perlindungan muktamad, termasuk tempoh pengenaan apa-apa langkah perlindungan sementara dan apa-apa pelanjutan menurut seksyen 37, tidak boleh melebihi sepuluh tahun, mengikut peruntukan di bawah
Perjanjian.