Safeguards Act 2006 · Updated to 1 Dec 2013 · Bahagian III · Penentuan Kemudaratan yang Serius atau Ancaman Kemudaratan yang Serius dan Hubungan Bersebab
8. Kemudaratan yang serius dan hubungan bersebab
Feedback & supportSuatu penentuan mengenai sama ada peningkatan import telah menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan kemudaratan yang serius kepada suatu industri dalam negeri di bawah Akta ini, semua faktor relevan yang bersifat objektif dan boleh dinyatakan kuantiti mengenai keluaran yang disiasat, keluaran serupa dan keluaran yang bersaing secara langsung hendaklah dinilaikan mengikut cara yang ditetapkan, yang mempunyai kaitan dengan keadaan industri itu.
Penentuan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh dibuat melainkan jika penyiasatan itu menunjukkan, berdasarkan keterangan yang objektif, kewujudan hubungan bersebab antara peningkatan import bagi keluaran yang disiasat dengan kemudaratan yang serius atau ancamannya.
Apabila faktor selain peningkatan import bagi keluaran yang disiasat adalah pada masa yang sama menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan kemudaratan kepada industri dalam negeri, kemudaratan itu tidaklah boleh dianggap disebabkan oleh peningkatan import.
Pelindung 13
Ancaman kemudaratan yang serius dan hubungan bersebab