Amendment Act · As enacted
Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2026
Feedback & supportAmends the National Skills Development Act 2006Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pembangunan Kemahiran
Kebangsaan (Pindaan) 2026.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 4
s 2Pindaan seksyen 2
Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dengan menggantikan takrif “kurikulum” dengan takrif yang berikut:
‘ “kurikulum” ertinya kandungan suatu program latihan tersusun yang dijalankan oleh suatu penyedia latihan kemahiran berdasarkan Standard yang menunjukkan aktiviti yang dijalankan, masa yang diuntukkan bagi setiap aktiviti, dan turutannya;’;
dengan menggantikan takrif “pentauliahan” dengan takrif yang berikut:
‘ “pentauliahan” ertinya suatu tatacara yang berdasarkannya Ketua Pengarah menilai dan meluluskan sesuatu program latihan kemahiran berdasarkan
Standard;’;
dalam takrif “program bertauliah”, dengan menggantikan perkataan “program latihan” dengan perkataan
“suatu program latihan kemahiran”; dan
dalam takrif “Sijil”, dengan memasukkan selepas perkataan
“kelayakan kemahiran” perkataan “atau pengiktirafan kemahiran”.
s 3Pindaan seksyen 5
Subseksyen 5(1) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (c)—
dengan menggantikan perkataan “sembilan”
dengan perkataan “dua belas”;
dalam subperenggan (i), dengan menggantikan perkataan “Unit Perancang Ekonomi di Jabatan
Perdana Menteri” dengan perkataan “Kementerian yang bertanggungjawab bagi ekonomi”;
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan)
dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan (viii);
dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan (ix); dan
dengan memasukkan selepas subperenggan (ix)
subperenggan yang berikut:
“(x) seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat;
seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan desa dan wilayah; dan
seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pelaburan, perdagangan dan industri; dan”; dan
dalam perenggan (d)—
dengan menggantikan perkataan “sepuluh”
dengan perkataan “sebelas”;
dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan (iii);
dengan menggantikan noktah di hujung subperenggan (iv) dengan perkataan “; dan”; dan
dengan memasukkan selepas subperenggan (iv)
subperenggan yang berikut:
“(v) seorang anggota mewakili Lembaga Teknologis
Malaysia.”.
Undang-Undang Malaysia 6
s 4Pindaan seksyen 17
Seksyen 17 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2)—
dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan
“dan” di hujung perenggan itu;
dalam perenggan (b), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan
“; dan”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (b)
perenggan yang berikut:
“(c) pemberian pengiktirafan kepada mana-mana program latihan lain di bawah seksyen 36a.”;
dan
dalam subseksyen (5), dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataaan “Penolong Kanan
Pengarah” dengan perkataan “Penolong Pengarah Kanan”.
s 5Pindaan seksyen 24
Seksyen 24 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“program latihan” dengan perkataan “program latihan kemahirannya”;
dalam subseksyen (5), dengan memasukkan selepas perkataan “atau mana-mana pegawai daripada jabatan yang bertanggungjawab bagi pembangunan kemahiran”
perkataan “atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Ketua Pengarah”; dan
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan)
dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(6) Penyedia latihan kemahiran hendaklah hilang kelayakan daripada memohon bagi pentauliahan suatu program latihan kemahiran di bawah subseksyen (1)
jika penyedia latihan kemahiran itu mempunyai program bertauliah sedia ada yang berkenaan dengannya sijil pentauliahan telah digantung atau dibatalkan oleh
Ketua Pengarah di bawah seksyen 29 atau 32, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tempoh satu tahun dari tarikh kuat kuasa penggantungan atau pembatalan itu masih belum luput.”.
s 6Pindaan seksyen 25
Perenggan 25(1)(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tiga tahun” dengan perkataan “tidak melebihi enam tahun”.
s 7Pindaan seksyen 27
Perenggan 27(2)(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tiga tahun” dengan perkataan “tidak melebihi enam tahun”.
s 8Pindaan seksyen 29
Seksyen 29 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Apabila menerima notis bertulis di bawah subseksyen (2), penyedia latihan kemahiran itu boleh membuat representasi bertulis kepada Ketua Pengarah dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu, menyatakan sebab mengapa sijil pentauliahan berkenaan dengan program bertauliah itu tidak patut digantung atau dibatalkan.
Undang-Undang Malaysia 8
Selepas habis tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) atau selepas menimbangkan apa-apa representasi bertulis yang dibuat, Ketua Pengarah boleh—
mengeluarkan amaran dan memberikan arahan kepada penyedia latihan kemahiran supaya penyedia latihan kemahiran itu membetulkan, sehingga memuaskan hati
Ketua Pengarah, perkara yang berkenaan dengannya cadangan penggantungan atau pembatalan itu berkait;
atau
meneruskan dengan cadangan tindakan untuk menggantung atau membatalkan sijil pentauliahan itu.
Jika penyedia latihan kemahiran gagal untuk membetulkan perkara sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a),
Ketua Pengarah boleh meneruskan untuk menggantung atau membatalkan sijil pentauliahan itu.
Suatu notis bertulis mengenai keputusan Ketua Pengarah untuk menggantung atau membatalkan sijil pentauliahan itu hendaklah disampaikan kepada penyedia latihan kemahiran jika tindakan penggantungan atau pembatalan dikenakan di bawah perenggan (4)(b) atau subseksyen (5).
Penggantungan atau pembatalan sijil pentauliahan di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam notis bertulis yang disampaikan di bawah subseksyen (6).”.
s 9Penggantian seksyen 34
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 34 dengan seksyen yang berikut:
Ketua Pengarah boleh menganugerahkan suatu Sijil kepada mana-mana orang yang menepati Standard berkenaan dengan kelayakan kemahiran yang berikut:
Sijil Kemahiran Malaysia;
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan)
Diploma Kemahiran Malaysia;
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia;
Sijil Kemahiran Modular Malaysia; atau
Penyata Pencapaian.
Ketua Pengarah boleh menganugerahkan suatu Sijil kepada mana-mana orang yang menepati Standard berkenaan dengan pengiktirafan kemahiran yang berikut:
Pakar Kemahiran;
Pakar Kemahiran Kanan; atau
Perunding Kemahiran.”.
s 10Bahagian baharu VIIa
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 36
bahagian yang berikut:
“Bahagian VIIa
PENGIKTIRAFAN PROGRAM LATIHAN LAIN
Pengiktirafan program latihan lain 36a. (1) Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini,
Ketua Pengarah boleh, tertakluk kepada terma dan syarat yang difikirkannya sesuai, memberikan pengiktirafan kepada mana-mana program latihan lain yang tidak berasaskan
Standard, yang dijalankan oleh mana-mana pertubuhan, badan atau organisasi, sama ada ditubuhkan di dalam atau di luar
Malaysia, bagi maksud pemberian pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran oleh Perbadanan
Tabung Pembangunan Kemahiran di bawah Akta Tabung
Pembangunan Kemahiran 2004 [Akta 640].
Undang-Undang Malaysia 10
Permohonan bagi pengiktirafan program latihan lain di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh pertubuhan, badan atau organisasi yang menjalankan program latihan itu kepada Ketua Pengarah dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Tiap-tiap permohonan di bawah seksyen ini hendaklah disertakan dengan dokumen, maklumat dan fi sebagaimana yang ditetapkan.
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan bagi pengiktirafan di bawah subseksyen (2) dan sebelum ia diputuskan, Ketua Pengarah boleh melalui notis bertulis menghendaki pemohon supaya memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditentukan dalam notis itu.
Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang ditentukan atau apa-apa perlanjutan tempoh sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu.
Bagi maksud pengiktirafan di bawah seksyen ini,
Ketua Pengarah boleh menubuhkan suatu jawatankuasa penilaian dan pengiktirafan untuk menasihati dan membuat cadangan kepada Ketua Pengarah mengenai perkara yang berhubungan dengan pengiktirafan itu.
Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pengiktirafan yang diberikan di bawah subseksyen (1) jika pertubuhan, badan atau organisasi yang program latihannya telah diberikan pengiktirafan itu telah tidak mematuhi terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen itu.
Bagi maksud seksyen ini, “Perbadanan Tabung
Pembangunan Kemahiran” ertinya Perbadanan Tabung
Pembangunan Kemahiran yang ditubuhkan di bawah seksyen 6
Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004.”.
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan)
s 11Pindaan seksyen 52
Seksyen 52 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “mengambil pelatih bagi” perkataan “atau menjalankan”.
s 12Pindaan seksyen 54
Subseksyen 54(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “berhubung dengan sesuatu penyedia latihan kemahiran” perkataan “, Sijil atau program bertauliah”.
s 13Pindaan seksyen 55
Subseksyen 55(1) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi dua puluh ribu ringgit” dengan perkataan “tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit”.
s 14Pindaan seksyen 57
Seksyen 57 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “program latihan kemahiran” perkataan “atau bagi penganugerahan suatu Sijil”.
s 15Pindaan seksyen 72
Subseksyen 72(2) Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(ba) tatacara, cara dan borang bagi penilaian pengiktirafan kemahiran;”; dan
Undang-Undang Malaysia 12
dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(ca) tatacara, cara dan borang bagi permohonan bagi pengiktirafan kemahiran dan penganugerahan pengiktirafan kemahiran;
tatacara, cara dan borang bagi permohonan bagi pengiktirafan program latihan lain;”.