3. Pindaan seksyen 5
Feedback & supportSubseksyen 5(1) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (c)—
dengan menggantikan perkataan “sembilan”
dengan perkataan “dua belas”;
dalam subperenggan (i), dengan menggantikan perkataan “Unit Perancang Ekonomi di Jabatan
Perdana Menteri” dengan perkataan “Kementerian yang bertanggungjawab bagi ekonomi”;
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan)
dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan (viii);
dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan (ix); dan
dengan memasukkan selepas subperenggan (ix)
subperenggan yang berikut:
“(x) seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat;
seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan desa dan wilayah; dan
seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pelaburan, perdagangan dan industri; dan”; dan
dalam perenggan (d)—
dengan menggantikan perkataan “sepuluh”
dengan perkataan “sebelas”;
dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan (iii);
dengan menggantikan noktah di hujung subperenggan (iv) dengan perkataan “; dan”; dan
dengan memasukkan selepas subperenggan (iv)
subperenggan yang berikut:
“(v) seorang anggota mewakili Lembaga Teknologis
Malaysia.”.
Undang-Undang Malaysia 6