Mineral Development Act 1994 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian IV · Kemalangan dan Siasatan
22. Prosedur bagi siasatan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika Ketua Pengarah memutuskan untuk mengadakan suatu siasatan, dia hendaklah melantik seorang pegawai galian dan jika perlu mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan undang-undang atau pengetahuan khas untuk membantunya dalam siasatan itu.
Pegawai galian itu boleh membuka siasatan itu atau mana-mana bahagian siasatan itu kepada orang awam dan hendaklah menjalankannya mengikut cara yang difikirkannya paling berkesan untuk menentukan sebab kemalangan itu dan dia hendaklah kemudiannya mengemukakan suatu laporan siasatan itu melalui
Ketua Pengarah kepada Menteri.
Dalam menjalankan siasatan, pegawai galian itu hendaklah mempunyai kuasa berikut:
untuk memperoleh dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa mana-mana orang sebagai saksi sebagaimana yang difikirkan perlu atau wajar oleh pegawai galian itu untuk diperoleh atau diperiksa;
untuk menghendaki keterangan, bertulis atau lisan, mana-mana saksi dibuat atas sumpah atau ikrar (apa-apa sumpah atau ikrar itu hendaklah yang boleh dikehendaki daripada saksi itu jika dia memberi keterangan di Mahkamah
Tinggi) atau melalui pengakuan berkanun; dan
untuk memanggil mana-mana orang untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau
Pembangunan Mineral 27
benda lain dalam milikannya dan untuk memeriksanya sebagai seorang saksi atau menghendakinya supaya mengemukakan apa-apa dokumen atau benda dalam milikannya.
Jika pegawai galian itu berpuas hati bahawa seseorang yang, di bawah subseksyen (3) —
setelah dipanggil menghadiri mana-mana siasatan itu, tidak berbuat demikian;
setelah dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain, tidak berbuat demikian; atau
setelah dikehendaki untuk menjawab apa-apa soalan, enggan berbuat demikian, dia boleh memperakui secara bertulis ketidakhadiran atau untuk ketidakpengemukaan dokumen atau keengganan untuk menjawab soalan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan memaklumkan
Majistret dengan sewajarnya.
Seseorang yang memberi keterangan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak keterangan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab apa-apa soalan.
Jika suatu perakuan diberikan di bawah subseksyen (4),
Majistret hendaklah menyiasat kes itu dan, jika dia berpuas hati bahawa orang yang baginya perakuan itu berhubungan telah, tanpa alasan yang munasabah, tidak menghadiri atau tidak atau enggan mematuhi kehendak yang disebutkan dalam perakuan itu dia hendaklah memerintahkan orang itu supaya hadir atau supaya mematuhi kehendak itu di suatu perbicaraan di hadapan pegawai galian yang mengadakan siasatan itu pada suatu masa dan tempat yang dinyatakan dalam perintah itu.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
Bahagian V
Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti
Bab 1
Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Bab 2
Keterangan
Bab 3
Kesalahan dan Penalti
Bab 4
Am
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII