Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bahagian VIII

64. Peruntukan peralihan dan kecualian

(1)

Mana-mana orang yang, sebaik sahaja sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, memegang apa-apa jawatan yang pelantikannya boleh dibuat di bawah Akta ini hendaklah kekal dalam jawatan itu dan disifatkan bagi maksud Akta ini telah dilantik sedemikian.

(2)

Tiada apa-apa pun dalam

Akta ini boleh menyentuh penguatkuasaan terdahulu, atau apa-apa yang dilakukan di bawah, mana-mana undang-undang terdahulu setakat ia berhubungan dengan pemeriksaan dan pengawalseliaan penjelajahan dan perlombongan mineral atau bijih mineral dan perkara lain yang berhubungan dengannya:

Dengan syarat bahawa apa-apa hak, kebebasan, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang sedia ada pada permulaan kuat kuasa Akta ini menurut kuasa mana-mana undang-undang itu hendaklah tertakluk kepada peruntukan Akta ini.

Report