Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bahagian I · Permulaan

3. Tafsiran

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“alat pengangkutan” termasuklah kapal, kereta api, kenderaan, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan lain yang dengannya orang atau barang boleh dibawa;

“analisis” ertinya penentuan komposisi sesuatu spesimen atau sampel dengan kaedah fizik atau kimia atau suatu gabungan kedua-dua kaedah;

“bijih mineral” ertinya apa-apa mineral yang mempunyai faedah ekonomi yang daripadanya satu atau lebih juzuk yang bernilai boleh diperoleh secara menguntungkan melalui pengolahan;

“buangan” termasuk apa-apa benda beban atas yang dibuang, hampas, apa-apa keluaran perantaraan daripada perlombongan atau pemprosesan mineral yang disimpan stok untuk pengendalian selanjutnya, air yang diolah atau disimpan dalam perlombongan atau pemprosesan mineral, dan apa-apa bahan kimia yang dikeluarkan daripada pengendalian itu untuk sementara atau tetap;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan;

“fosik” ertinya mencari dan mengeluarkan mineral dengan menggunakan alat yang mudah dan memindahkan mineral itu sebagai sampel, spesimen atau kerja lapidari tanpa apa-apa niat untuk menjual mineral itu;

“kawasan pembendungan buangan” ertinya mana-mana kawasan yang ditentukan bagi pembendungan buangan dan termasuk mana-mana kawasan di mana kerja dijalankan bagi pembersihan air yang terkandung dalam buangan itu;

“kerja pembangunan” ertinya apa-apa kerja yang dijalankan berhubungan dengan pembinaan fizikal sesuatu lombong;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Galian yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuklah mana-mana Timbalan Ketua

Pengarah Galian;

Pembangunan Mineral 9

“Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji Bumi” ertinya Ketua Pengarah

Penyiasatan Kaji Bumi yang dilantik di bawah Akta Penyiasatan Kaji

Bumi 1974 [Akta 129];

“lesen melombong individu” ertinya suatu lesen melombong individu yang sedang berkuat kuasa yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan perlombongan;

“lesen melombong tuan punya” ertinya suatu lesen melombong tuan punya yang sedang berkuat kuasa yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan perlombongan;

“lesen memfosik” ertinya suatu lesen memfosik yang sedang berkuat kuasa yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pemfosikan;

“lesen mencari gali” ertinya suatu lesen mencari gali yang sedang berkuat kuasa yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pencarigalian;

“lesen mendulang” ertinya suatu lesen mendulang yang sedang berkuat kuasa yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pendulangan;

“lesen penjelajahan” ertinya suatu lesen penjelajahan yang sedang berkuat kuasa yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan penjelajahan;

“lombong”, apabila digunakan sebagai kata nama, ertinya mana-mana tempat, korekan atau pengerjaan yang di dalamnya, di atasnya atau dengannya apa-apa pengendalian berkaitan dengan perlombongan sedang dijalankan bersama-sama dengan semua bangunan, premis, binaan, reservoir air, kolam hampas, buangan, lambakan lain dan perkakas yang dipunyai atau bersangkutan dengannya di atas atau di bawah tanah atau di dalam atau di bawah laut bagi maksud mendapatkan, memperoleh atau mengeluarkan apa-apa mineral dengan apa-apa cara atau kaedah atau bagi maksud meriau, mengolah atau menyediakan bijih mineral;

“melombong” ertinya dengan sengaja mendapatkan mineral dan termasuklah apa-apa pengendalian secara langsung atau tidak langsung dan yang perlu baginya atau yang bersampingan dengannya, dan

“perlombongan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 525

“mendulang” ertinya mencuci atau mengayak dengan kuali, dulang atau sadak bagi maksud memperoleh mineral;

“menjelajah” ertinya mencari mendapan mineral dan termasuk mencari gali;

“Menteri”

ertinya

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perlombongan dan mineral;

“mineral” ertinya apa-apa bahan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau bergas yang terjadi─

(a)

dengan cara semula jadi;

(b)

hasil daripada perlombongan di dalam atau di atas tanah;

atau

(c)

hasil daripada perlombongan di dalam atau di bawah laut atau dasar laut, terbentuk oleh atau tertakluk kepada suatu proses geologi, tetapi tidaklah termasuk air, “bahan batu-batan” sebagaimana ditafsirkan dalam Kanun

Tanah Negara [Akta 56/1965] dan “petroleum” sebagaimana ditafsirkan dalam Akta Melombong Petroleum 1966 [Akta 95];

“notis” termasuk apa-apa pemberitahuan, taksiran, surat cara atau dokumen lain yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Akta ini supaya disampaikan kepada mana-mana orang atau badan;

“olah” ertinya menjadi tertakluk kepada apa-apa proses yang mana perubahan kimia atau fizikal berlaku dalam bahan yang ditaklukkan kepada proses itu;

“pajakan melombong” ertinya suatu pajakan melombong yang sedang berkuat kuasa yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang mengawal selia perlombongan;

“pegawai galian” ertinya Ketua Pengarah Galian, mana-mana

Pengarah Galian, Penolong Pengarah Galian, Pembantu Kanan Galian,

Pembantu Galian atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa sewajarnya secara bertulis oleh Ketua Pengarah;

Pembangunan Mineral 11

“pegawai polis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Polis 1967 [Akta 344];

“pemprosesan mineral” ertinya apa-apa aktiviti yang dengannya mineral atau bijih mineral diolah bagi penceriaannya tetapi tidaklah termasuk peleburan dan pembersihan;

“Pengarah” ertinya seorang Pengarah Galian yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuk mana-mana Timbalan Pengarah Galian;

“pengurus” ertinya orang yang dilantik sebagai pengurus di bawah seksyen 14;

“Penolong Pengarah” ertinya seorang Penolong Pengarah Galian yang dilantik di bawah seksyen 4;

“sampel” ertinya sesuatu pecahan benda yang terjadi dengan cara semula jadi yang disifatkan sebagai menunjukkan jisim yang daripadanya ia menjadi sebahagian;

“skim pengendalian melombong” ertinya suatu skim pengendalian melombong yang diluluskan di bawah seksyen 10;

“spesimen” ertinya sesuatu pecahan benda yang terjadi dengan cara semula jadi yang tidak semestinya merupakan jisim yang daripadanya ia menjadi sebahagian;

“tanah lombong” ertinya mana-mana tanah yang baginya suatu lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong yang dikeluarkan atau diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan perlombongan sedang berkuat kuasa;

“tenemen mineral” ertinya suatu lesen memfosik, lesen mendulang, lesen melombong individu, lesen mencari gali, lesen penjelajahan, lesen melombong tuan punya, pajakan melombong, atau mana-mana daripadanya bagi maksud penjelajahan atau perlombongan mineral atau bijih mineral, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang Persekutuan atau

Negeri yang mengawal selia tenemen mineral.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (1) dan melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, segala perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang ditafsirkan dalam

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 525

Kanun Tanah Negara hendaklah disifatkan sebagai mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Kanun itu.

Report

Bahagian II

Pentadbiran

Bahagian III

Pengawalseliaan Penjelajahan dan Perlombongan

Bahagian IV

Kemalangan dan Siasatan

Bahagian V

Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Bab 1

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bab 2

Keterangan

Bab 3

Kesalahan dan Penalti

Bab 4

Am

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Peraturan-Peraturan

Bahagian VIII