Mineral Development Act 1994 · Updated to 1 Jan 2013 · Bab 2 · Keterangan
37. Perakuan analisis
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Dalam mana-mana pendakwaan di bawah Akta ini, suatu perakuan analisis yang dikatakan di bawah tandatangan seorang penganalisis hendaklah, apabila dikemukakan perakuan itu oleh pegawai pendakwa, menjadi keterangan yang mencukupi tentang fakta yang dinyatakan di dalamnya melainkan jika penganalisis itu adalah dikehendaki hadir sebagai seorang saksi —
oleh mahkamah; atau 38 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
oleh tertuduh, dalam hal mana tertuduh hendaklah memberikan notis kepada pegawai pendakwa tidak kurang dari tiga hari genap sebelum bermulanya perbicaraan itu:
Dengan syarat bahawa dalam mana-mana hal yang pegawai pendakwa bercadang untuk memberi sebagai keterangan mana-mana laporan itu dia hendaklah menghantar suatu salinannya kepada tertuduh tidak kurang dari sepuluh hari genap sebelum bermulanya perbicaraan itu.
Dalam seksyen ini, “penganalisis” ertinya —
seseorang yang pada masa ini diambil kerja sepenuhnya atau sebahagiannya dalam kerja analitis kimia atau fizik berhubungan dengan mineral di Jabatan Penyiasatan Kaji
Bumi Malaysia atau oleh Kerajaan; atau
seseorang yang menjalankan kerja analitis kimia atau fizik berhubungan dengan mineral dan diambil kerja oleh sebuah makmal yang diiktiraf oleh Jabatan Penyiasatan Kaji Bumi
Malaysia.
Jika mana-mana penganalisis dipanggil oleh tertuduh sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1), dia hendaklah dipanggil atas perbelanjaan tertuduh melainkan jika mahkamah mengarahkan selainnya.
Bab 3
Kesalahan dan Penalti
Bab 4
Am
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII