Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Bahagian I · Permulaan

2. Tafsiran

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“inspektor” ertinya seseorang inspektor kesihatan dalam perkhidmatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan dan termasuklah seseorang lain yang ditetapkan secara bertulis oleh Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan sebagai seorang inspektor bagi maksud Akta ini;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 154 6

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;

“Pegawai Kesihatan” ertinya mana-mana pengamal perubatan dalam perkhidmatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang sedang menjalankan tugas Pegawai Kesihatan dalam mana-mana kawasan, daerah atau kawasan pihak berkuasa tempatan, termasuk had lapangan terbang dan pelabuhannya dan termasuklah

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Pengarah

Kawalan Penyakit, mana-mana Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit, mana-mana Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Negeri dan

Timbalannya;

“pemunya” ertinya orang yang pada masa ini menerima sewa mana-mana premis, sama ada bagi pihaknya sendiri atau sebagai ejen atau pemegang amanah atau sebagai penerima, atau yang akan menerima sewa jika tanah atau rumah yang terkandung dalam premis itu disewakan kepada seseorang penyewa;

“penduduk” ertinya orang yang menduduki mana-mana premis atau yang menjaga, mengurus atau mengawalnya sama ada bagi pihaknya sendiri atau sebagai ejen seseorang lain, tetapi tidak termasuk seseorang penyewa;

“pengamal perubatan berdaftar” ertinya seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971

[Akta 50];

“premis” ertinya mesuaj, bangunan, tanah, isemen dan hereditamen dari apa-apa pemegangan dan termasuklah apa-apa tempat atau binaan, atau mana-mana bahagian daripadanya, yang digunakan atau dicadang untuk digunakan bagi kediaman manusia atau untuk pekerjaan atau apa-apa jua maksud yang lain;

“serangga pembawa penyakit” ertinya apa-apa serangga yang membawa atau menyebabkan, atau yang boleh membawa atau menyebabkan, sesuatu penyakit pada manusia atau binatang ternakan, dan termasuklah telur, larva dan pupa serangga itu.

(2)

Walau apa pun takrif ungkapan “serangga pembawa penyakit”

Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengisytiharkan supaya mana-mana atau kesemua peruntukan Akta ini terpakai bagi apa-apa binatang yang ditentukan olehnya dalam perintah dan kemudian daripada itu rujukan mengenai “serangga

Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 7

pembawa penyakit” dan “penyakit yang dibawa oleh serangga”

dalam peruntukan itu hendaklah masing-masing ditafsirkan sebagai termasuk binatang dan telurnya, jika ada, dan penyakit yang dibawa olehnya.

Report

Bahagian II

Kuasa Ketua Pengarah dan Pegawai Kesihatan

Bahagian III

Kesalahan dan Kewajipan Lain Pemunya dan Penduduk

Bahagian IV

Pelbagai