Destruction of Disease-Bearing Insects Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Kesalahan dan Kewajipan Lain Pemunya dan Penduduk
Destruction of Disease-Bearing Insects Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Kesalahan dan Kewajipan Lain Pemunya dan Penduduk
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika pada pendapat Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai
Kesihatan bahawa sesuatu kerja membina bangunan, memajukan tanah, menebus guna tanah, mengorek, melombong atau kerja lain yang sedang atau yang akan diusaha, dilaksana atau dijalankan oleh seseorang, yang mungkin membiakkan atau memberi perlindungan pada serangga pembawa penyakit, Ketua Pengarah atau Pegawai Kesihatan boleh menghendaki orang itu mengemukakan kepadanya pelan bagi kerja itu.
Ketua Pengarah atau Pegawai Kesihatan boleh, selepas mengkaji pelan itu, menghendaki orang yang mengusaha, melaksana atau menjalankan kerja membina bangunan, memajukan tanah, menebus guna tanah, mengorek, melombong atau kerja lain itu mematuhi syarat-syarat yang difikirkannya perlu bagi mencegah serangga pembawa penyakit daripada membiak atau mendapat perlindungan.
Seseorang yang tidak mengemukakan pelan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) atau enggan, tidak atau cuai mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen itu bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Bahagian IV