Skip to content

Seksyen 12

Penyingkatan tempoh kediaman di Pusat Pemulihan

of Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983

ActIn forceProvision 12 of 30
Seksyen 12
(1)

Ketua Pengarah boleh menyingkatkan tempoh kediaman di mana-mana Pusat Pemulihan berkenaan dengan mana-mana orang atas sebab-sebab yang didapatinya mencukupi jika orang itu telah menjalani tempoh kediaman selama genap dua belas bulan di Pusat tersebut.

(2)

Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis Menteri, melepaskan dari Pusat Pemulihan itu seseorang yang belum lagi menjalani tempoh kediaman selama genap dua belas bulan di Pusat itu atas sebab khas yang berhubungan dengan kebajikan orang itu.

13-15. (Dipotong oleh Akta 1018)

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 15

Pusat persendirian bagi rawatan dan pemulihan dan bagi jagaan lanjutan