Seksyen 18
of Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983
ActIn forceProvision 15 of 30
Seksyen 18
(1)
Adalah menjadi kewajipan pengamal perubatan berdaftar, termasuk pegawai perubatan kerajaan, untuk memberitahu Ketua
Pengarah mengenai mana-mana orang yang dirawat olehnya kerana ketagihan dadah mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang melanggari peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak lebih daripada *dua ribu ringgit.