Seksyen 2
Tafsiran
of Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
8 Undang-undang Malaysia AKTA 283
“dadah berbahaya” ertinya mana-mana dadah atau bahan yang buat masa ini terkandung di dalam Jadual Pertama Akta Dadah
Berbahaya 1952 [Akta 234];
“kaedah-kaedah” ertinya kaedah-kaedah yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen (2);
“Lembaga Pelawat” ertinya Lembaga Pelawat yang dilantik oleh
Menteri di bawah seksyen 11;
“Menteri”
ertinya
Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;
“pegawai”
ertinya mana-mana
Pegawai
Pemulihan atau mana-mana pegawai polis;
“Pegawai Pemulihan” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (2);
“penagih dadah” ertinya seseorang yang, melalui penggunaan mana-mana dadah berbahaya, mengalami suatu keadaan psikik dan kadang kala keadaan fizikal yang dicirikan dengan gerak balas tingkah laku dan gerak balas lain yang meliputi desakan mengambil dadah secara berterusan atau berkala untuk mengalami kesan psikiknya dan untuk mengelakkan ketagihan ketika ketiadaannya;
“pengamal perubatan berdaftar” ertinya pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50];
“Pusat Pemulihan” ertinya institusi yang ditubuhkan di bawah seksyen 10;
“ujian” ertinya semua perbuatan atau tatacara yang dijalankan bagi maksud menentukan sama ada seseorang itu penagih dadah.
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 9
(2)
Menteri hendaklah melantik seorang pegawai awam menjadi
Ketua Pengarah yang, tertakluk kepada arahan dan kawalan Menteri, akan mempunyai pengawasan atas semua perkara berhubungan dengan tangkapan, rawatan dan pemulihan penagih dadah di bawah
Akta ini dan hendaklah dilantik beberapa orang Pegawai Pemulihan yang dikehendaki dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini.