Seksyen 9
of Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983
ActIn forceProvision 9 of 30
Seksyen 9
(1)
Mana-mana ibu bapa atau penjaga seseorang belum dewasa yang ibu bapa atau penjaga itu mengesyaki atau mempunyai sebab mempercayai menjadi penagih dadah boleh memohon kepada
Pegawai Pemulihan supaya orang belum dewasa itu dirawat dan dipulihkan dan membawa orang belum dewasa itu ke hadapan pegawai itu.
(2)
Jika seseorang belum dewasa dibawa ke hadapan Pegawai
Pemulihan di bawah subseksyen (1), seksyen 8 adalah terpakai baginya menurut cara yang sama seperti ia terpakai bagi orang yang memohon rawatan dan pemulihan di bawah seksyen itu