Seksyen 18
Penggantian seksyen 16
of Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 16 dengan seksyen yang berikut:
“Pusat pemulihan persendirian bagi rawatan, pemulihan dan jagaan lanjutan.
Quoted provision
Seksyen 16
Tiada seorang pun boleh mengusahakan, menyediakan, mengendalikan atau melaksanakan apa-apa perkhidmatan atau mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana pusat pemulihan persendirian bagi rawatan dan pemulihan mana-mana penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan atau bagi jagaan lanjutan penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan melainkan jika dia memegang suatu kelulusan yang diberikan di bawah seksyen ini.
(2)
Menteri boleh, atas permohonan secara bertulis mana-mana orang perseorangan atau mana-mana organisasi, badan atau kumpulan orang, memberi kelulusan bagi pendaftaran suatu pusat pemulihan persendirian—
(a)
bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan; atau
(b)
bagi jagaan lanjutan orang yang merupakan penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan, selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan kelulusan itu boleh diperbaharui tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Menteri.
(3)
Menteri boleh membatalkan kelulusan pendaftaran yang diberikan di bawah subseksyen (2) jika orang perseorangan atau organisasi, badan atau kumpulan orang yang kepadanya kelulusan itu diberikan tidak mematuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri.
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan)
(4)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(5)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa syarat di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.