Skip to content

Seksyen 25

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 27

of Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024

Amendment ActIn forceProvision 25 of 31
Seksyen 25

seksyen yang berikut:

“Pelantikan

Pegawai

Pemulihan.

Quoted provision

Seksyen 27a

Menteri boleh melantik apa-apa bilangan

Pegawai Pemulihan yang dikehendaki bagi semua perkara yang berhubungan dengan tangkapan, rawatan dan pemulihan bagi penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini.

Pelantikan sukarelawan.

Quoted provision

Seksyen 27b

(1)

Ketua Pengarah boleh melantik apa-apa bilangan sukarelawan sebagaimana yang perlu untuk membantu pegawai bagi melaksanakan fungsi bagi rawatan dan pemulihan di bawah Akta ini.

(2)

Seseorang sukarelawan adalah tertakluk pada arahan, perintah dan kawalan Ketua Pengarah untuk membantu pegawai bagi melaksanakan fungsi bagi rawatan dan pemulihan di bawah

Akta ini.

(3)

Seseorang sukarelawan—

(a)

boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan

(b)

tidak berhak kepada apa-apa saraan.

(4)

Seseorang sukarelawan semasa menjalankan apa-apa kewajipan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan)

21

Majlis

Profesion

Pegawai

Pemulihan.

Quoted provision

Seksyen 27c

(1)

Menteri hendaklah menubuhkan suatu Majlis Profesion Pegawai Pemulihan dan melantik apa-apa bilangan orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran mengenai perkara yang berhubungan dengan hal ehwal Pegawai Pemulihan, rawatan dan pemulihan penagih dadah atau bahan dan penyalah guna dadah atau bahan dan perkara lain sebagaimana yang ditetapkan, untuk menjadi anggota Majlis Profesion Pegawai Pemulihan itu.

(2)

Menteri boleh menentukan pembayaran elaun bagi anggota Majlis Profesion Pegawai

Pemulihan.”.

Pindaan seksyen 28