Seksyen 2
Tafsiran
of Akta Pencegahan Keganasan 2015
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“daerah, mukim, bandar atau kampung” ertinya tanah yang termasuk di dalam mana-mana daerah, mukim, bandar atau kampung di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tanah;
“Daftar” ertinya daftar yang disimpan oleh Pendaftar di bawah seksyen 22;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pencegahan Keganasan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri;
“orang berdaftar” ertinya seseorang yang namanya telah dicatatkan dalam Daftar;
“organisasi pengganas tersenarai” ertinya mana-mana entiti ditentukan yang diisytiharkan di bawah seksyen 66b dan 66c Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan
Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613];
“Pegawai Siasatan” ertinya seorang pegawai yang dilantik oleh
Menteri di bawah seksyen 9;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Penjenayah yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak
Diingini 1969 [Akta 7];
“perbuatan keganasan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Kanun Keseksaan [Akta 574].
(2)
Sebutan mengenai pengawasan polis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai obligasi yang dikenakan atas orang yang tertakluk kepada pengawasan polis di bawah seksyen 296
Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
Pencegahan Keganasan 7