Skip to content

Seksyen 3

of Akta Pencegahan Keganasan 2015

ActIn forceProvision 3 of 35

Seksyen 3

(1)

Seseorang pegawai polis boleh tanpa waran menangkap mana-mana orang jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat alasan yang menjustifikasikan siasatan diadakan mengenai kes orang itu di bawah Akta ini.

(2)

Apabila seseorang ditangkap di bawah subseksyen (1), kes itu hendaklah dirujuk oleh pegawai polis kepada Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan tidak lewat daripada tujuh hari dari tarikh penangkapan.

(3)

Mana-mana orang yang ditangkap di bawah subseksyen

(1)

hendaklah, melainkan jika dilepaskan terlebih dahulu, dibawa tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan dalam mana-mana hal dalam masa dua puluh empat jam (tidak termasuk masa bagi apa-apa perjalanan yang perlu) di hadapan seorang Majistret.

(4)

Pegawai polis yang membuat penyiasatan berkaitan dengan seseorang yang ditangkap di bawah seksyen ini hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan laporan lengkap penyiasatan itu dikemukakan kepada—

(a)

Pegawai Siasatan; dan

(b)

Lembaga, dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.