Seksyen 31
Pengambilan gambar foto dan cap jari
of Akta Pencegahan Keganasan 2015
Seseorang pegawai polis boleh mengambil atau menyebabkan supaya diambil gambar foto dan cap jari mana-mana orang yang ditangkap di bawah subseksyen 3(1), atau yang namanya dikehendaki dicatatkan dalam Daftar di bawah seksyen 22, dan hendaklah menghantar gambar foto dan cap jari itu kepada Pendaftar untuk pengenalpastian dan laporan; dan tiap-tiap orang sedemikian adalah terikat di sisi undang-undang supaya patuh kepada pengambilan gambar foto dan cap jarinya, dan boleh dipaksa bagi maksud itu dengan menggunakan kekerasan jika perlu.
(2)
Mana-mana orang yang, semasa terikat di sisi undang-undang di bawah subseksyen (1) supaya patuh kepada pengambilan gambar fotonya atau cap jarinya, enggan atau tidak patuh kepadanya apabila diminta melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.
(3)
Bilamana—
(a)
mana-mana orang yang gambar foto dan cap jarinya telah diambil di bawah seksyen ini dilepaskan di bawah seksyen 4, 6 atau 12; atau
Pencegahan Keganasan 29
(b)
nama mana-mana orang dihapuskan daripada Daftar di bawah seksyen 23, pegawai yang bertanggungjawab bagi kes itu hendaklah dengan segera memberitahu Pendaftar mengenai pelepasan atau penghapusan itu, dan Pendaftar hendaklah, atas permohonan orang itu, menghantar serah kepada orang itu lembaran yang di atasnya cap jarinya telah dibuat, berserta negatif dan semua salinan apa-apa gambar foto orang itu yang telah diambil dan dihantar kepada Pendaftar di bawah seksyen ini.