Skip to content

Seksyen 7

Tatacara khas yang berhubungan dengan peranti pengawasan elektronik

of Akta Pencegahan Keganasan 2015

ActIn forceProvision 7 of 35
Seksyen 7
(1)

Apabila permohonan oleh Pendakwa Raya dibuat di bawah seksyen 6, Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah memerintahkan supaya orang itu dipasang dengan suatu peranti pengawasan elektronik selama tempoh yang ditentukan oleh Hakim Mahkamah Sesyen itu tetapi tempoh itu tidak boleh melebihi tempoh pelepasannya sebagaimana yang dibenarkan di bawah perenggan 6(1)(b).

Pencegahan Keganasan 11

(2)

Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah menjelaskan pengendalian peranti pengawasan elektronik serta terma dan syarat peranti pengawasan elektronik itu kepada orang itu.

(3)

Orang itu hendaklah menandatangani suatu borang yang dinyatakan dalam Jadual dan mendepositkan borang itu dengan

Hakim Mahkamah Sesyen itu.

(4)

Orang itu hendaklah dipasang dengan peranti pengawasan elektronik oleh seorang pegawai polis.

(5)

Orang itu hendaklah mematuhi semua terma dan syarat peranti pengawasan elektronik dan hendaklah melaporkan diri di balai polis yang terdekat pada masa yang dinyatakan dalam borang itu.

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi terma dan syarat di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

(7)

Mana-mana orang yang mengganggu, atau merosakkan, peranti pengawasan elektronik melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan orang itu boleh dipertanggungkan untuk membayar bagi apa-apa kerosakan kepada peranti pengawasan elektronik itu yang berbangkit daripada perbuatannya.

(8)

Apabila habis tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), orang itu hendaklah melaporkan diri di balai polis yang terdekat untuk membuka peranti pengawasan elektronik itu.