Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011 · As enacted
11. Kecualian dan peralihan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pindaan dalam perenggan 5(a) dan (b) Akta ini tidaklah menjejaskan pemberian pencen kepada seseorang pekerja yang sebelum 1 Januari 2012—
telah bersara pilihan;
telah melebihi umur lima puluh lima tahun; dan
telah mencapai umur persaraan paksanya.
Pemberian pencen kepada seseorang pekerja yang sebelum 1 Januari 2012—
telah bersara pilihan;
telah melebihi umur lima puluh lima tahun; tetapi
belum mencapai umur persaraan paksanya, hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012.
Pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang berbangkit daripada pindaan yang dibuat di bawah seksyen 7
Akta ini kepada mana-mana orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan, jika tempoh dua belas tahun setengah telah habis sebelum 1 Januari 2012, hendaklah diuruskan sebagaimana yang berikut:
tempoh dua puluh tahun itu hendaklah dikira dari tarikh persaraan pekerja;
orang itu tidak berhak untuk mendapat pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan bagi tempoh selepas habisnya tempoh dua belas tahun setengah hingga 31 Disember 2011; dan
pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012.