Amendment Act · As enacted
Akta Pencen (Pindaan) 2011
Amends the Pensions Act 1980Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pencen (Pindaan) 2011.
Akta ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012.
s 2Pindaan seksyen 6
Akta Pencen 1980 [Akta 227], yang disebut “Akta ibu” dalam
Akta ini, dipinda dalam seksyen 6 dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan kepada seseorang pegawai yang bersara di bawah seksyen 11
hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan yang jumlah tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya hendaklah dikira seolah-olah pegawai itu telah berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan paksanya, yang mana jua terpakai baginya.”.
undang-undang malaysia
akta pencen (pindaan) 2011
Undang-Undang Malaysia 4
s 3Pindaan seksyen 6a
Seksyen 6a Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“lima puluh lapan” dengan perkataan “enam puluh”;
dalam subseksyen (5a), dengan menggantikan perkataan
“1 Julai 2008” dan “lima puluh lapan” masing-masing dengan perkataan “1 Januari 2012” dan “enam puluh”;
dalam subseksyen (5b)—
dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan”
dan “1 Julai 2008” masing-masing dengan perkataan
“enam puluh” dan “1 Januari 2012”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “lima puluh enam tahun” perkataan “atau lima puluh lapan tahun”; dan
dalam subseksyen (5c), dengan menggantikan perkataan
“lima puluh lapan” dengan perkataan “enam puluh”.
s 4Pindaan seksyen 10
Seksyen 10 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“lima puluh lapan” dengan perkataan “enam puluh”;
dalam subseksyen (2) dan (3), dengan menggantikan perkataan “atau lima puluh lapan” dengan perkataan
“, lima puluh lapan atau enam puluh”;
dalam subseksyen (7), dengan menggantikan perkataan
“lima puluh lapan” dan “1 Julai 2008” masing-masing dengan perkataan “enam puluh” dan “1 Januari 2012”;
dalam subseksyen (8), dengan menggantikan perkataan
“lima puluh lapan” dan “1 Julai 2008”, di mana-mana jua terdapat, masing-masing dengan perkataan “enam puluh” dan “1 Januari 2012”; dan
dalam subseksyen (9), dengan menggantikan perkataan
“lima puluh lapan” dengan perkataan “enam puluh”.
Pencen (Pindaan)
s 5Pindaan seksyen 12
Seksyen 12 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dengan perkataan “lima puluh lima”;
dengan memotong subseksyen (3b); dan
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“, lima puluh lima tahun, lima puluh enam tahun atau lima puluh lapan tahun” dengan perkataan “atau lima puluh lima tahun”.
s 6Pindaan seksyen 12a
Seksyen 12a Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“lima puluh lapan” dengan perkataan “enam puluh”;
dan
dengan menggantikan subseksyen (2a) dengan subseksyen yang berikut:
“(2a) Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’
atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.
s 7Pindaan seksyen 15
Seksyen 15 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (1)(b), dengan menggantikan perkataan
“dua belas tahun setengah”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “dua puluh tahun”; dan
dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan “20
atau”.
Undang-Undang Malaysia 6
s 8Pindaan seksyen 19
Seksyen 19 Akta ibu dipinda—
dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan
;
dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (b)
dengan perkataan “; atau”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c) menunaikan perintah mahkamah yang dikeluarkan berhubung dengan perkara kebankrapan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengannya.”.
s 9Pemotongan seksyen 20
Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 20.
s 10Pindaan seksyen 23
Seksyen 23 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“lima puluh lapan” dengan perkataan “enam puluh”;
dan
dengan menggantikan subseksyen (2a) dengan subseksyen yang berikut:
“(2a) Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik semula sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’
atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.
Pencen (Pindaan)
s 11Pindaan seksyen 25
Seksyen 25 Akta ibu dipinda dalam perenggan (b) dengan menggantikan perkataan “dua belas tahun setengah”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “dua puluh tahun”.
Pindaan dalam perenggan 5(a) dan (b) Akta ini tidaklah menjejaskan pemberian pencen kepada seseorang pegawai yang sebelum 1 Januari 2012—
telah bersara pilihan;
telah melebihi umur lima puluh lima tahun; dan
telah mencapai umur persaraan paksanya.
Pemberian pencen kepada seseorang pegawai yang sebelum 1 Januari 2012—
telah bersara pilihan;
telah melebihi umur lima puluh lima tahun; tetapi
belum mencapai umur persaraan paksanya, hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012.
Pembayaran pencen terbitan atau elaun bersara terbitan yang berbangkit daripada pindaan yang dibuat di bawah seksyen 7
dan 11 Akta ini kepada mana-mana orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan, jika tempoh dua belas tahun setengah telah habis sebelum 1 Januari 2012, hendaklah diuruskan sebagaimana yang berikut:
tempoh dua puluh tahun itu hendaklah dikira dari tarikh persaraan pegawai;
orang itu tidak berhak untuk mendapat pembayaran pencen terbitan atau elaun bersara terbitan bagi tempoh selepas habisnya tempoh dua belas tahun setengah hingga 31 Disember 2011; dan
pembayaran pencen terbitan atau elaun bersara terbitan itu hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012.