Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

12. Kecualian dan peralihan

(1)

Pindaan dalam perenggan 5(a) dan (b) Akta ini tidaklah menjejaskan pemberian pencen kepada seseorang pegawai yang sebelum 1 Januari 2012—

(a)

telah bersara pilihan;

(b)

telah melebihi umur lima puluh lima tahun; dan

(c)

telah mencapai umur persaraan paksanya.

(2)

Pemberian pencen kepada seseorang pegawai yang sebelum 1 Januari 2012—

(a)

telah bersara pilihan;

(b)

telah melebihi umur lima puluh lima tahun; tetapi

(c)

belum mencapai umur persaraan paksanya, hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012.

(3)

Pembayaran pencen terbitan atau elaun bersara terbitan yang berbangkit daripada pindaan yang dibuat di bawah seksyen 7

dan 11 Akta ini kepada mana-mana orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan, jika tempoh dua belas tahun setengah telah habis sebelum 1 Januari 2012, hendaklah diuruskan sebagaimana yang berikut:

(a)

tempoh dua puluh tahun itu hendaklah dikira dari tarikh persaraan pegawai;

(b)

orang itu tidak berhak untuk mendapat pembayaran pencen terbitan atau elaun bersara terbitan bagi tempoh selepas habisnya tempoh dua belas tahun setengah hingga 31 Disember 2011; dan

(c)

pembayaran pencen terbitan atau elaun bersara terbitan itu hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012.

Report