Akta Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2003 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 3
35. Keutamaan gadai janji yang didaftarkan
Feedback & supportJika dua gadai janji atau lebih didaftarkan berkenaan dengan kapal layar Langkawi yang sama atau bahagian yang sama mengenai kapal layar itu, keutamaan antara pemegang gadai janji itu hendaklah ditentukan mengikut susunan gadai janji itu didaftarkan.
Sesuatu gadai janji berkenaan dengan suatu kapal layar yang sedang dibina hendaklah, bagi maksud menentukan keutamaan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang yang lain, dan dalam semua perkara yang lain, dianggap sebagai suatu gadai janji yang didaftarkan bagi suatu kapal layar Langkawi dan hendaklah terus dianggap sedemikian sehingga gadai janji itu dilepaskan, walaupun kapal layar yang sedang dibina itu terhenti didaftarkan di bawah Akta ini; dan suatu kapal layar yang sedang dibina hendaklah, bagi maksud suatu gadai janji berkenaan dengan kapal layar yang sedang dibina itu di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang yang lain, dianggap sebagai harta maritim.