Akta Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2003 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 3
39. Perpindahan gadai janji melalui kuat kuasa undang-undang
Feedback & supportJika kepentingan seseorang pemegang gadai janji mengenai gadai janji yang didaftarkan berkenaan dengan suatu kapal layar
Langkawi atau suatu bahagian mengenai kapal layar itu berpindah kepada mana-mana orang melalui apa-apa cara yang sah selain melalui pindah hakmilik di bawah seksyen 37, Ketua Pengarah hendaklah apabila dikemukakan keterangan yang ditetapkan menyebabkan nama orang itu dicatatkan dalam Daftar Kapal Layar sebagai pemegang gadai janji kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu.