Skip to content

Seksyen 6

Pemansuhan

of Akta Pendaftaran Tetamu 1965

ActIn forceProvision 6 of 6
Seksyen 6

(1)

Undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan semua perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya adalah dengan ini dimansuhkan.

(2)

Dengan berkuatkuasanya Akta ini, setiap undang-undang lain yang berhubungan dengan hotel, rumah penginapan atau tumpangan, atau premis lain yang serupa jenisnya hendaklah terhenti daripada berkuat kuasa dan hendaklah disifatkan telah dimansuhkan setakat mana peruntukan sedemikian mengenakan obligasi ke atas penjaga hotel, rumah penginapan atau tumpangan atau premis lain yang serupa jenisnya berkaitan dengan alien dan berkaitan dengan penyimpanan suatu daftar pemastautin.

11