Skip to content

Seksyen 3

Pengakusaksian tandatangan

of Akta Pengakusaksian Suratcara-Suratcara Boleh Daftar (Perlombongan) 1960

ActIn forceProvision 3 of 5
Seksyen 3
(1)

Tiap-tiap tandatangan pada suatu surat cara yang diserahkan bagi pendaftaran di bawah undang-undang perlombongan, selain daripada suatu surat cara yang ditandatangani oleh suatu pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan atau seorang Pentadbir Tanah atau dikeluarkan oleh Mahkamah, hendaklah diakusaksikan oleh seorang daripada orang yang berikut mengikut cara yang ditetapkan dalam seksyen 4−

(a)

apabila ditandatangai dalam Negeri-Negeri Malaysia, oleh−

Majistret;

Pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan;

Pentadbir Tanah;

peguam bela dan peguam cara;

notari awam;

(b)

apabila ditandatangani dalam Republik Singapura, oleh−

Majistret;

Pemungut Hasil Tanah;

Pengakusaksian Surat Cara-Surat cara 7

Boleh Daftar (Perlombongan)

peguam bela dan peguam cara Mahkamah Agung notari awam;

(c)

apabila ditandatangani dalam Republik India, oleh−

Pendaftar Mahkamah Tinggi;

Majistret Daerah, Majistret Presidensi, atau Majistret

Kelas Satu atau Dua;

notari awam yang mempunyai meterai rasmi;

Pesuruhjaya Tinggi, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi,

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi atau mana-mana Setiausaha atau Atase Suruhanjaya Tinggi Malaysia;

(d)

apabila ditandatangani dalam Republik Pakistan, oleh−

Pendaftar Mahkamah Tinggi;

Hakim Daerah;

Majistret Kelas Satu;

notari awam yang mempunyai meterai rasmi;

Pesuruhjaya

Tinggi,

Pemangku

Pesuruhjaya

Tinggi, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, atau mana-mana

Setiausaha atau Atase Suruhanjaya Tinggi Malaysia;

(e)

apabila ditandatangani dalam Republik Sri Langka, oleh−

Pendaftar Mahkamah Tinggi;

Majistret;

notari awam yang mempunyai meterai rasmi;

Pesuruhjaya

Tinggi,

Pemangku

Pesuruhjaya

Tinggi, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, atau mana-mana

Setiausaha atau Atase Suruhanjaya Tinggi Malaysia;

8

Undang-Undang Malaysia

(f)

apabila ditandatangani dalam Negeri Sabah, oleh−

Majistret;

Pemungut atau Penolong Pemungut Hasil Tanah;

(g)

apabila ditandatangani alam Negeri Sarawak, oleh−

Majistret;

Pengarah Tanah dan Ukur;

Penguasa Tanah dan Ukur;

(h)

apabila ditandatangani dalam Brunei, oleh−

Majistret;

Pemungut Hasil Tanah;

(i)

apabila ditandatangani dalam mana-mana negeri

Komenwel selain mana-mana negeri yang disebut dalam perenggan (b) hingga (h) subseksyen ini, oleh Pesuruhjaya

Tinggi Malaysia, oleh notari awam atau oleh mana-mana orang atau kelas atau perihalan orang yang diluluskan bagi maksud itu oleh Raja dalam Mesyuarat atau Yang di-Pertua Negeri dalam Mesyuarat;

(j)

apabila ditandatangani di mana-mana tempat lain, oleh seorang pegawai diplomat Malaysia, atau mana-mana orang atau kelas atau perihalan orang yang diluluskan bagi maksud itu oleh Raja dalam Mesyuarat atau Yang di-Pertua Negeri dalam Mesyuarat.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1) seksyen ini, apa-apa surat cara yang disempurnakan dalam Malaysia oleh suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan oleh mana-mana undang-undang

Persekutuan atau Negeri tidak perlu diakusaksikan mengikut peruntukan subseksyen sedemikian jika ia disempurnakan dengan

Pengakusaksian Surat Cara-Surat cara 9

Boleh Daftar (Perlombongan)

wajar mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang

Persekutuan atau Negeri sedemikian.