Seksyen 4
Perakuan pengakusaksian
of Akta Pengakusaksian Suratcara-Suratcara Boleh Daftar (Perlombongan) 1960
ActIn forceProvision 4 of 5
Seksyen 4
Seseorang atau seorang pegawai yang mengakusaksikan suatu tandatangan mengikut seksyen 3 hendaklah menandatangani suatu pengakusaksian dalam apa-apa borang yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama mengikut kehendak keadaan, dan jika dia adalah seseorang yang menyimpan suatu meterai jawatan dia hendaklah mengesahkan tandatangannya dengan meterai rasmi jawatannya.