Seksyen 44
Seksyen 44
Mana-mana orang boleh mendapatkan tiket letak kereta bulanan apabila membayar caj yang ditetapkan dalam Jadual Kedua.
556
[10hb Mei 2012
(2)
Tiap-tiap tiket letak kereta bulanan yang dikeluarkan di bawah Perintah ini hendaklah dalam bentuk yang ditetapkan oleh Yang Dipertua dari semasa ke semasa dan hendaklah mengandungi maklumat berikut—
(a)
tempoh sah tiket;
(b)
jumlah bayaran yang dijelaskan; dan
(c)
nombor pendaftaran kenderaan motor.
(3)
Tiket letak kereta bulanan yang sah hendaklah dipamerkan di cermin hadapan kenderaan motor atau mana-mana bahagian kenderaan motor yang mudah dilihat pada setiap masa dan pemegang tiket letak kereta bulanan hendaklah memastikan bahawa pembantu letak kereta yang bertugas tidak dihalang pandangannya untuk memeriksa tiket tersebut pada bila-bila masa apabila kenderaan motor itu diletakkan di tempat letak kereta bertiket atau bermeter.
(4)
Tiket letak kereta bulanan tersebut hanya sah digunakan oleh kenderaan motor sepertimana nombor pendaftaran yang dicatatkan pada tiket tersebut dan tidak boleh digunakan di kenderaan motor yang lain.
(5)
Mana-mana kenderaan motor yang mempunyai suatu pelekat tiket letak kereta bulanan boleh diletakkan di mana-mana tempat letak kereta bertiket atau bermeter sahaja dan dikecualikan daripada bayaran dalam tempoh sah tiket letak kereta bulanan tersebut.
(6)
Setiap kenderaan motor yang mempunyai suatu pelekat tiket letak kereta bulanan adalah tertakluk kepada peruntukan di dalam Perintah ini.