Skip to content

Seksyen 54

Larangan

of Perintah Pengangkutan jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Majlis Perbandaran Kemaman) 2012

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 53 of 62
Seksyen 54
(1)

Tiada mana-mana orang boleh –

(a)

menggunakan mana-mana tempat atau petak letak kereta bagi maksud menjalankan apa-apa perdagangan atau perniagaan;

(b)

membaiki mana-mana kenderaan motor atau membenarkan kenderaan motor dibaiki di tempat letak kereta kecuali dalam hal pembaikannya adalah perlu untuk membolehkan kenderaan motor itu dialih dari petak letak kereta itu;

(c)

mencuci atau membersih atau menyebabkan atau membenarkan dicuci atau dibersihkan mana-mana kenderaan di tempat atau petak letak kereta; atau

(d)

meletakkan atau mempamerkan apa-apa notis atau iklan pada mana-mana kenderaan motor untuk tujuan menjual kenderaan motor itu semasa kenderaan itu diletakkan di tempat atau petak letak kereta atau menggunakan kenderaan motor yang diletakkan di tempat atau petak letak kereta selain daripada tujuan meletak kereta.

(2)

Sesiapa yang melakukan mana-mana perbuatan di subperenggan (1) adalah melakukan kesalahan di bawah Perintah ini.