Seksyen 51
Kenderaan motor dialih selepas satu hari
Jika kenderaan motor diletak dengan berterusan selama lebih daripada satu hari di tempat atau petak letak kereta apabila tempoh letak kereta telah tamat, kenderaan motor itu hendaklah dialih oleh mana-mana pembantu letak kereta yang bertugas atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Majlis atau mana-mana pegawai polis dari tempat atau petak letak kereta tersebut dan disimpan di bawah jagaan Majlis.
(2)
Mana-mana kenderaan motor yang dialihkan di bawah subperenggan (1)
boleh ditahan oleh Majlis sehingga caj-caj yang kena dibayar berkenaan dengan penggunaan tempat atau petak letak kereta sehingga masa kenderaan motor itu dialihkan dari tempat tersebut berserta dengan perbelanjaan yang ditanggung oleh
Majlis dalam mengalih dan menahan kenderaan motor tersebut telah dibayar kepada
Majlis.