Amendment Act · As enacted
Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012
Amends the Road Transport Act 1987Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 2Pindaan seksyen 2
Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
s 3Pindaan seksyen 5
Subseksyen 5(1) Akta ibu dipinda—
s 4Pindaan seksyen 14
Subseksyen 14(4) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “boleh didenda” perkataan “tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan”.
s 5Pindaan seksyen 15
Subseksyen 15(4) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi” dengan perkataan “tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada”.
s 6Pindaan seksyen 17
Subseksyen 17(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (bb) perenggan yang berikut:
“(bc) berhubung dengan suatu kelas atau kategori kenderaan motor yang dikehendaki menjalani pemeriksaan berkala
Pengangkutan Jalan (Pindaan)
5
di bawah Bahagian IIa, perakuan pemeriksaan yang dikeluarkan di bawah seksyen 66c dikemukakan;”.
s 7Pindaan seksyen 26
Subseksyen 26(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi satu ribu” dengan perkataan “tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu”.
s 8Pindaan seksyen 35
Subseksyen 35(8) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 119” dengan perkataan “seksyen 53, 53a,
115a atau 119, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan jika prosiding jenayah telah dimulakan bagi kesalahan itu”.
s 9Pindaan seksyen 35a
Subseksyen 35a(6) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 119” dengan perkataan “seksyen 53, 53a,
115a atau 119, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan jika prosiding jenayah telah dimulakan bagi kesalahan itu”.
s 10Pindaan seksyen 40
Subseksyen 40(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi satu ribu” dengan perkataan “tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu”.
s 11Pindaan seksyen 53a
Seksyen 53a Akta ibu dipinda—
s 12Pindaan seksyen 54
Seksyen 54 Akta ibu dipinda—
s 13Pindaan seksyen 56
Seksyen 56 Akta ibu dipinda—
s 14Pindaan seksyen 59
Subseksyen 59(9) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi dua ribu” dengan perkataan “tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu”.
s 15Pindaan seksyen 66a
Subseksyen 66a(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi lima ribu” dengan perkataan “tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu”.
s 16Seksyen baru 76a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 76
seksyen yang berikut:
“Belok kiri dibenarkan 76a. (1) Walau apa pun isyarat merah atau isyarat lalu lintas lain yang menunjukkan tempat di mana lalu lintas mesti berhenti di mana-mana simpang lalu lintas, mana-mana
Undang-Undang Malaysia 8
orang yang memandu sesuatu kenderaan motor di jalan boleh membelok ke kiri di simpang lalu lintas itu mengikut mana-mana isyarat lalu lintas yang membenarkan belok kiri yang telah diletakkan dengan sah di sisi undang-undang di jalan itu setelah berhenti sebelum garisan berhenti yang ditandakan di atas jalan untuk memastikan bahawa adalah selamat untuk berbuat demikian.
s 17Pindaan seksyen 79
Seksyen 79 Akta ibu dipinda—
s 18Pindaan seksyen 88
Subseksyen 88(1) Akta ibu dipinda—
s 19Pindaan seksyen 112
Subseksyen 112(3) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “basikal” perkataan “, basikal elektrik”.
s 20Pindaan seksyen 115a
Subseksyen 115a(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “serta-merta” dengan perkataan “seberapa segera yang semunasabahnya praktik”.
s 21Pindaan seksyen 118
Seksyen 118 Akta ibu dipinda dalam nota bahu dengan memotong perkataan “dan tandatangan”.
Undang-Undang Malaysia 10
s 22Pindaan Jadual Kedua
Jadual Kedua kepada Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (iii) dengan perenggan yang berikut:
“(iii) Tertakluk kepada seksyen 76a, tidak mematuhi isyarat merah pada isyarat lalu lintas”.