2. Pindaan seksyen 2
Feedback & supportAkta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dengan memasukkan selepas takrif “Pengarah” takrif yang berikut:
‘ “Pengerusi Majlis Perbandaran” ertinya Pengerusi sesuatu Majlis Perbandaran yang disebut dalam seksyen 2 Ordinan Kerajaan Tempatan 1961
[Sabah No. 11 tahun 1991] dan subseksyen 2(1) Ordinan
Pihak Berkuasa Tempatan 1996 [Sarawak Bab 20]
dan termasuklah Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran itu;’;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2016
Undang-Undang Malaysia 4
dalam takrif “warden lalu lintas”—
dengan menggantikan perkataan “atau Perbadanan
Putrajaya” dengan perkataan “, Perbadanan
Putrajaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran atau
Pengerusi Majlis Perbandaran”; dan
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan noktah dengan koma bernoktah; dan
dengan memasukkan selepas takrif “warden lalu lintas”
takrif yang berikut:
‘ “Yang Dipertua Majlis Perbandaran” ertinya
Yang Dipertua sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].’.