Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

9. Penggantian seksyen 37

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 37 dengan seksyen yang berikut:

s 37“Penggantungan atau pembatalan lesen memandu

(1)

Apabila penggantungan atau pembatalan lesen memandu dibuat di bawah seksyen 35 atau apabila pembatalan lesen memandu percubaan dibuat di bawah seksyen 35a, Ketua

Pengarah hendaklah memberi orang yang berkenaan suatu notis secara bertulis memaklumkan orang itu mengenai penggantungan atau pembatalan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah menghendaki orang itu menyerahkan lesen memandu dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penyampaian notis itu.

Undang-Undang Malaysia 8

(2)

Apabila tamatnya tempoh penggantungan di bawah subseksyen 35(1), lesen memandu yang diserahkan balik kepada Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) hendaklah dikembalikan kepada pemegangnya dan mata yang diberikan terhadapnya, jika ada, hendaklah dibatalkan.

(3)

Walau apa pun seksyen ini, apabila lesen memandu seseorang digantung atau dibatalkan di bawah seksyen 35

atau 35a, Ketua Pengarah boleh menolak atau menggantung apa-apa urusan atau transaksi yang terpakai bagi orang itu di bawah Akta ini.”.

Report