Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2019

Feedback & supportAmends the Road Transport Act 1987

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengangkutan Jalan

(Pindaan) 2019.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(a)

dengan memasukkan selepas takrif “Dato Bandar” takrif yang berikut:

‘  “Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya”

termasuklah Datuk Bandar sesuatu Bandaraya dan “Datuk

Bandar” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;’;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2019

Undang-Undang Malaysia 4

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “Datuk Bandar sesuatu

Majlis Bandaraya” takrif yang berikut:

‘  “ditetapkan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditetapkan melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;’;

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “lesen vokasional”

takrif yang berikut:

‘  “Majlis Bandaraya” termasuklah Majlis sesuatu

Bandaraya dan sesuatu Bandaraya;’;

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “Majlis Bandaraya”

takrif yang berikut:

‘  “Majlis Perbandaran” ertinya Majlis Perbandaran bagi suatu kawasan pihak berkuasa tempatan yang telah diisytiharkan dan ditentukan mengikut perenggan 3(d) Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], perenggan 6(1)(cc) Ordinan Kerajaan Tempatan 1961

[Sabah No. 11 tahun 1991] dan perenggan 3(1)(e)

Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996 [Sarawak

Bab

Bab 20];’;