2. Pindaan seksyen 2
Feedback & supportAkta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dengan memasukkan selepas takrif “Dato Bandar” takrif yang berikut:
‘ “Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya”
termasuklah Datuk Bandar sesuatu Bandaraya dan “Datuk
Bandar” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;’;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2019
Undang-Undang Malaysia 4
dengan memasukkan selepas takrif “Datuk Bandar sesuatu
Majlis Bandaraya” takrif yang berikut:
‘ “ditetapkan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditetapkan melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;’;
dengan memasukkan selepas takrif “lesen vokasional”
takrif yang berikut:
‘ “Majlis Bandaraya” termasuklah Majlis sesuatu
Bandaraya dan sesuatu Bandaraya;’;
dengan memasukkan selepas takrif “Majlis Bandaraya”
takrif yang berikut:
‘ “Majlis Perbandaran” ertinya Majlis Perbandaran bagi suatu kawasan pihak berkuasa tempatan yang telah diisytiharkan dan ditentukan mengikut perenggan 3(d) Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], perenggan 6(1)(cc) Ordinan Kerajaan Tempatan 1961
[Sabah No. 11 tahun 1991] dan perenggan 3(1)(e)
Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996 [Sarawak