Skip to content
ActIn force

Akta Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 2015

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2015
Sections
10
Languages
MS · EN

Akta Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 2015 is Malaysia Act, cited as Act 766 2015, currently marked in force and first recorded in 2015.

Front matterCover and publication detailsOpen

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta 766

AKTA penghasilan bersih perjanjian kewangan 2015

WJW004137 BM.indd 1 3/6/15 9:07:33 AM

Undang-Undang Malaysia 2

Akta 766

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

2 Mac 2015

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

6 Mac 2015

Hakcipta Pencetak H percetakan nasional malaysia berhad

WJW004137 BM.indd 2 3/6/15 9:07:33 AM

Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 3

UNDANG-UNDANG malaysia

Akta 766

Akta penghasilan bersih perjanjian kewangan 2015

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi kebolehkuatkuasaan peruntukan penghasilan bersih dalam perjanjian kewangan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengannya. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“cagaran kewangan” ertinya suatu kepentingan atau hak yang menjamin pembayaran atau pelaksanaan obligasi di bawah perjanjian kewangan yang layak;

WJW004137 BM.indd 5 3/6/15 9:07:33 AM

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 766

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“perjanjian kewangan yang layak” ertinya—

(a)

perjanjian induk, yang mengandungi peruntukan penghasilan bersih, berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak, dan jika perjanjian induk adalah juga berkenaan dengan satu atau lebih transaksi yang bukan transaksi kewangan yang layak, perjanjian induk itu hendaklah menjadi perjanjian kewangan yang layak hanya berkenaan dengan transaksi yang adalah transaksi kewangan yang layak;

(b)

apa-apa perjanjian atau perkiraan yang ditetapkan oleh

Menteri sebagai perjanjian kewangan yang layak di bawah perenggan 6(1)(a); atau

(c)

perjanjian yang berhubungan dengan cagaran kewangan yang menjamin pembayaran atau pelaksanaan obligasi, termasuk apa-apa perjanjian yang di bawahnya hakmilik bagi harta telah diperuntukkan bagi maksud jaminan itu, berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah suatu perjanjian induk yang disebut dalam perenggan (a) atau suatu perjanjian atau perkiraan yang disebut dalam perenggan (b);

“peruntukan penghasilan bersih” ertinya—

(a)

peruntukan dalam perjanjian kewangan yang layak yang memperuntukkan bahawa apabila berlakunya hal yang ditentukan oleh pihak-pihak dalam perjanjian itu, semua obligasi yang terhutang oleh satu pihak kepada pihak yang lain di bawah transaksi kewangan yang layak dikurangkan kepada atau digantikan dengan amaun bersih tunggal mengikut perjanjian kewangan yang layak itu;

atau

(b)

apa-apa mekanisme lain yang berupaya menentukan amaun bersih tunggal yang ditetapkan oleh Menteri sebagai peruntukan penghasilan bersih di bawah perenggan 6(1)(b);

“sekuriti” termasuklah sekuriti yang mengikut Shariah;

WJW004137 BM.indd 6 3/6/15 9:07:33 AM

Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 7

“transaksi kewangan yang layak” ertinya transaksi yang disebut dalam seksyen 5 dan termasuklah apa-apa transaksi lain yang ditetapkan oleh Menteri sebagai transaksi kewangan yang layak di bawah perenggan 6(1)(c).

Bahagian II

PERUNTUKAN PENGHASILAN BERSIH

Kebolehkuatkuasaan peruntukan penghasilan bersih dalam perjanjian kewangan yang layak

Seksyen 3

Walau apa pun peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian I

Jadual, peruntukan penghasilan bersih dalam perjanjian kewangan yang layak berkenaan dengan transaksi kewangan yang layak yang disebut dalam seksyen 5 hendaklah boleh dikuatkuasakan mengikut terma perjanjian kewangan yang layak itu yang boleh melibatkan langkah-langkah yang berikut:

(a)

penamatan transaksi kewangan yang layak yang dibuat di bawah perjanjian kewangan yang layak itu;

(b)

pengiraan nilai penamatan yang terhutang oleh satu pihak kepada pihak yang satu lagi berkenaan dengan setiap transaksi kewangan yang layak di bawah perenggan (a);

dan

(c)

penentuan amaun bersih tunggal bagi nilai penamatan di bawah perenggan (b) yang kena dibayar oleh satu pihak kepada pihak yang satu lagi.

Seksyen 4

Bentuk cagaran kewangan

Pemakaian Akta ini berhubung dengan cagaran kewangan hendaklah hanya meliputi cagaran kewangan yang diberikan dalam bentuk—

(a)

wang tunai atau yang bersamaan dengan wang tunai, termasuk surat cara boleh niaga dan deposit permintaan;

(b)

sekuriti, akaun sekuriti atau hak untuk memperoleh sekuriti;

atau

(c)

perjanjian niaga hadapan atau akaun niaga hadapan.

WJW004137 BM.indd 7 3/6/15 9:07:33 AM

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 766

Seksyen 5

Ciri-ciri transaksi kewangan yang layak

(b)

beli semula, beli semula berbalik, jual beli balik berkenaan dengan sekuriti; atau

(c)

pemberian pinjaman atau peminjaman sekuriti hutang tidak tersenarai di bawah Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities System yang diwujudkan di bawah subseksyen 44(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009

[Akta 701].

(2)

Dalam seksyen ini, “derivatif” ertinya apa-apa perjanjian termasuk suatu opsyen, swap, kontrak niaga hadapan atau kontrak hadapan, yang harga pasaran, nilai, atau obligasi penghantaran atau pembayarannya berpunca daripada, dirujuk kepada atau berdasarkan, tetapi tidak terhad kepada, sekuriti, komoditi, aset, kadar (termasuk kadar faedah, kadar keuntungan atau kadar pertukaran) atau indeks dan hendaklah termasuk derivatif yang mengikut Shariah.

Kuasa Menteri untuk menetapkan perjanjian kewangan yang layak, peruntukan penghasilan bersih dan transaksi kewangan yang layak, yang lain

Seksyen 6

(a)

apa-apa perjanjian atau perkiraan lain sebagai perjanjian kewangan yang layak;

(b)

apa-apa mekanisme lain yang berupaya menentukan amaun bersih tunggal sebagai peruntukan penghasilan bersih;

atau

(c)

apa-apa transaksi lain sebagai transaksi kewangan yang layak.

WJW004137 BM.indd 8 3/6/15 9:07:33 AM

Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 9

(2)

Perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas penyiarannya dalam Warta.

(3)

Dalam seksyen ini—

“Bank Negara Malaysia” ertinya Bank Negara Malaysia yang terus wujud menurut subseksyen 3(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009;

“Perbadanan Insurans Deposit Malaysia” ertinya Perbadanan

Insurans Deposit Malaysia yang terus wujud menurut subseksyen 3(1)

Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 [Akta 720];

“Pengurusan Danaharta Nasional Berhad” ertinya Pengurusan

Danaharta Nasional Berhad yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 1965 [Akta 125] bagi maksud yang diperuntukkan di bawah Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 [Akta 587];

“Suruhanjaya Sekuriti” ertinya Suruhanjaya Sekuriti yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993

[Akta 498].

Seksyen 7

Tempoh penangguhan

(2)

Menteri hendaklah menyebabkan suatu notis yang munasabah diberikan kepada pihak yang tersentuh dengan tempoh penangguhan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1), melainkan jika hal keadaan tidak membenarkan.

(3)

Tempoh yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah terpakai walaupun apa-apa tempoh lain telah diperuntukkan atau ditetapkan di bawah peruntukan yang dinyatakan dalam

Bahagian II

Bahagian II Jadual.

WJW004137 BM.indd 9 3/6/15 9:07:33 AM

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 766

Penerusan pemakaian peruntukan berkaitan dalam undang-undang bertulis lain

Seksyen 8

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh penerusan pemakaian peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian III Jadual berkenaan dengan perjanjian kewangan yang layak.

Seksyen 9

Kuasa Menteri untuk meminda Jadual

(2)

Perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas penyiarannya dalam Warta.

Jadual

Jadual

[Seksyen 3, 7 dan 8]

Bahagian I

1. Seksyen 29a dan 41 Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998

2. Seksyen 346c Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007

[Akta 671]

Bahagian II

1. Subseksyen 115(3) dan 180(1) Akta Perbadanan Insurans Deposit

Malaysia 2011

2. Subseksyen 209(2) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]

3. Subseksyen 220(2) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]

4. Seksyen 41 Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998

WJW004137 BM.indd 10 3/6/15 9:07:34 AM

Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 11

Bahagian III

1. Subseksyen 115(3) hingga 115(7) dan 180(2) hingga 180(5)

Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011

2. Subseksyen 209(3) hingga 209(6) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

3. Subseksyen 220(3) hingga 220(6) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

WJW004137 BM.indd 11 3/6/15 9:07:34 AM

Common questions

What is Akta Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 2015?
Akta Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 2015 is Malaysia Act, cited as Act 766 2015, currently marked in force and first recorded in 2015.
Is Akta Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 2015 still in force?
Yes — Akta Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 2015 is currently in force.
When did Akta Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 2015 take effect?
Akta Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 2015 was first recorded in 2015.
How many sections does Akta Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 2015 have?
Akta Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 2015 contains 9 sections.
Where can I read the official version of Akta Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 2015?
The official text of Akta Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 2015 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.