Skip to content
In forceUpdated to 6 Mar 2015Read it in English

Bahagian II · Peruntukan Penghasilan Bersih

3. Kebolehkuatkuasaan peruntukan penghasilan bersih dalam perjanjian kewangan yang layak

Walau apa pun peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian I

Jadual, peruntukan penghasilan bersih dalam perjanjian kewangan yang layak berkenaan dengan transaksi kewangan yang layak yang disebut dalam seksyen 5 hendaklah boleh dikuatkuasakan mengikut terma perjanjian kewangan yang layak itu yang boleh melibatkan langkah-langkah yang berikut:

(a)

penamatan transaksi kewangan yang layak yang dibuat di bawah perjanjian kewangan yang layak itu;

(b)

pengiraan nilai penamatan yang terhutang oleh satu pihak kepada pihak yang satu lagi berkenaan dengan setiap transaksi kewangan yang layak di bawah perenggan (a);

dan

(c)

penentuan amaun bersih tunggal bagi nilai penamatan di bawah perenggan (b) yang kena dibayar oleh satu pihak kepada pihak yang satu lagi.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual.

Schedules