Skip to content

Seksyen 11

Penggantian seksyen 15a

of Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2017

Amendment ActIn forceProvision 11 of 34
Seksyen 11

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15a dengan seksyen yang berikut:

“Permohonan bagi mendapatkan kuasa untuk menjalankan amalan 15a.  Penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar hendaklah memohon kepada Lembaga bagi mendapatkan kuasa untuk menjalankan amalan jika dia berniat untuk menjalankan amalan sebagai penilai berdaftar atau pentaksir berdaftar di bawah seksyen 19, sebagai ejen harta tanah berdaftar di bawah seksyen 22b, atau sebagai pengurus harta berdaftar di bawah seksyen 22i.”.

Pindaan seksyen 16