Seksyen 19
Seksyen 22b Akta ibu dipinda—
of Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2017
(a)
dengan menomborkan semula subseksyen (1a) yang sedia ada sebagai subseksyen (1b);
(b)
dengan memasukkan sebelum subseksyen (1b) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(1a) Seseorang itu menjalankan amalan perejenan harta tanah jika dia bertindak sebagai ejen, atau mengemukakan dirinya kepada orang ramai atau kepada mana-mana individu atau firma sebagai bersedia untuk bertindak sebagai ejen, bagi suatu komisen, fi, upah atau balasan lain—
(a)
berkenaan dengan apa-apa jualan atau pelupusan lain tanah dan bangunan dan apa-apa kepentingan dalamnya;
(b)
berkenaan dengan apa-apa pembelian atau pengambilan lain tanah dan bangunan dan apa-apa kepentingan dalamnya;
(c)
berkenaan dengan apa-apa pemajakan atau penyewaan tanah dan bangunan dan apa-apa kepentingan dalamnya;
(d)
dalam membuat makluman tentang adanya tanah, bangunan, atau apa-apa kepentingan dalamnya untuk apa-apa jualan atau pelupusan,
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1550
pembelian atau pengambilan, atau pemajakan atau penyewaan yang disebut dalam perenggan
(a)
, (b) atau (c), mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(e)
berkenaan dengan apa-apa pentadbiran penyewaan termasuklah pengutipan sewa, bayaran perbelanjaan, perkiraan bagi pembaikan kecil dan penyerahan dan pengambilan milikan sesuatu harta bagi apa-apa tanah dan bangunan dan apa-apa kepentingan dalamnya.”; dan
(c)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “subseksyen (1a)”
dengan perkataan “subseksyen (1b)”;
(ii)
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “subseksyen (1a)” dengan perkataan
“subseksyen (1b)”; dan
(iii)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “subseksyen (1a)” dengan perkataan
“subseksyen (1b)”.
Pindaan seksyen 22c