Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2019

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2019
Sections
4
Languages
MS · EN

Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2019 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1592 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.

Front matterCover and publication detailsOpen

Persekutuan) (Pindaan)

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1592

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM

(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN)

(PINDAAN) 2019

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1592

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

29 Mei 2019

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

31 Mei 2019

Hakcipta Pencetak H

Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah

Persekutuan) (Pindaan)

3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1592

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM

(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN)

(PINDAAN) 2019

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pentadbiran Undang-Undang

Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2019.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan seksyen 7

Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah

Persekutuan) 1993 [Akta 505], yang disebut “Akta ibu” dalam

Akta ini, dipinda dalam perenggan 7(2)(f) dengan menggantikan perkataan “sekolah-sekolah Islam” dengan perkataan “sekolah agama Islam”.

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1592

Penggantian seksyen 97

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 97 dengan seksyen yang berikut:

“Sekolah agama Islam

Quoted provision

Seksyen 97

Majlis hendaklah mempunyai kuasa—

(a)

untuk mendaftar dan mengawal selia sekolah agama

Islam; dan

(b)

bagi maksud melindungi kepentingan orang awam dan pelajar sekolah agama Islam—

(i)

untuk mengambil alih pentadbiran sekolah agama Islam;

(iii)

untuk memasuki dan memeriksa sekolah agama Islam; dan

(iv)

untuk mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu oleh Majlis untuk memastikan bahawa hal ehwal sekolah agama Islam itu mematuhi peruntukan

Akta ini dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.”.

Pindaan seksyen 99

Seksyen 99 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula peruntukan yang sedia ada sebagai subseksyen (1);

(b)

dengan menggantikan perenggan (j) dengan perenggan yang berikut:

“(j) pendaftaran dan pengawalseliaan sekolah agama

Islam dan aktiviti yang berhubungan dengan pengajaran dan pembelajaran agama Islam.”; dan

Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah

Persekutuan) (Pindaan)

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar kaedah-kaedah itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.”.

Common questions

What is Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2019?
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2019 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1592 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.
Is Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2019 still in force?
Yes — Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2019 is currently in force.
When did Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2019 take effect?
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2019 was first recorded in 2019.
How many sections does Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2019 have?
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2019 contains 5 sections.
Where can I read the official version of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2019?
The official text of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2019 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.